Thursday, September 17, 2015

...rokok...

Assalamualaikum =)

Di harap semua dalam keadaan yg sihat...

Aku di sini sihat je, cuma keletihan bekerja tu banyak..overload la org cakap.. tp bila kerja dah selesai bercuti la aku dgn geng aku.. 1st trip, 1st time trip d sabah..baru ada masa nk lepak..kami ke pulau manukan..mengambil masa 30minit dr jeti apa ntah nama dia di kota kinabalu tuuu.. =)

Jadi, sekarang ni aku bercuti balik ke kampung yg dah lama aku tinggalkan..TAWAU... Tempat kelahiran aku, yg dh 7 tahun aku tinggalkan.habis je spm 2007 terus aku balik ke semenanjung, ke pangkuan keluarga aku..tinggalkan keluarga/sedara belah mak aku..

Aku di sini nak meluahkan masa bersama keluarga di sini, nk bercuti di Bohey Dulang, Semporna tp apakan daya takda kawan nk pi sana..mau pi sorg2 ada pulak plan family..ada yg mau bernikah..baru aku taaauuuuuuu...

Ramai yg aku tinggal masa diorg kecil, skg dah besar, perangai pun dh ada ragam masing masing. Budak2, kan? Layan kan saja sebab masa aku kecik pun macam tu jugak la aku ni rasanyaaaa..

Now, im here. Take a deep deep deep breath and feel the deep of love=)

Wednesday, February 11, 2015

...journey...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Ya sahabat! Sihat? Alhamdulillah..

Hari ni ngam tepat padu seminggu dh aku keje kat syarikat lain dari sebelum ni. Tak kena dengan jiwa duduk kerja depan komputer 8jam, aku apply kerja lain jawatan technician!

Aku berjawatan admin account masa keje kat Genting Highland tu, aku nak mintak transfer ke juruteknik, sebab nakkan kemahiran yang mahir.

Tiap kerja/tiap syarikat yg aku masuk, aku ada misi aku sendiri. Misi aku kt syarikat sebelum ni admin 6bulan, juruteknik 6bulan & apply jadi building executive. Tapi nak buat mcm mana, bos takut nk lepas aku pi technician, risau takde sapa boleh buat kerja mcm aku. Aku bukan power buat kerja, aku lg kuat mengUlar, tp sebelum aku ular, keje aku pasti settle! =)

Sekarang aku kerja di syarikat lain -BinaSat Sdn Bhd- kat sini pun aku ada misi. Kalau sapa faham, dia tau apa misi aku kat sini. Ehehe.. tiap kerja yg kita dapat, mesti kita nakkan kemajuan. Betul tak?

Suasana kerja kat sini ok je, takde la terlalu best, cuma biase2 je..haha. mungkin awal sangat nk nilai kawasan/tempat, lepas 6 bulan baru boleh judge sesuatu benda tu. Baru la tak buruk sangka, kan? Hehehe..

Aku sihat sejahtera, cuma kerja baru ni memang letih! Perrkkhh... Tapi aku berharap akan ada imbuhan yang berbaloii... Semoga Allah mempermudahkan segala urusan aku dan memberi aku kegagahan yg lebih dr sebelum ni utk aku tempuh hidup baru ini, Bismillahirrahmannirrahim!

Sunday, December 21, 2014

...OnceAgain...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera keatas semua moga bahagia, di hari yg indah lagi mulia dipertemuan ini jadikan kasih sayang. Rapatkanlah ukhwah ikatan iman , amalkan sifat terpuji dan pergaulan. Selawat dan Salam......

Hari ni aku nak cite pasal kenangan 2009, aku tak pasti dah pernah tulis ke belum tapi ringkasan je la aku nk kasi angpa tau..

2009, pada 24Disember. Aku dan kawan kawan - Marwan, Shamil, Farheen, Aizat, Qayyum, Nadia, & adik aku Azru.

Kami bertolak dari Kuantan ke KotaRaya ni dengan bas dan bermalam di Grand Pasific Hotel yg tak memuaskan. Ade ke patut hotel air slow..=='

Kami berjalan merata kl dengan train, nak jadi kisah kami terlepas train terakhir di Ampang selepas makan McD kat situ. Jalan kaki dr KLCC ke Pekeliling. Abahlah jauh hohoiii.. termasuk sesat total 3 jam perjalanan..dr kenyang boleh lapar semula.hadoooii..tapi pengalaman la tu. Si Qayyum ni menyemat kasut kulit, jalan kaki 3 jam taknak sakit lagi kaki beliau? Hurmm..

Then, kami plan utk kursus pra perkahwinan pd 13-14Disember2014 dan alhamdulillah, Dengan Izin Allah kami berjumpa semula except si Qayyum yg dah kahwin dan ade anak dah pun..Tahniah brader! Hehe

Mengimbas kenangan memang ada syiokk maahh.. karenah, perangai, gelak tawa macam macam ada.. itulah ada pepatah, berkawan biar berjuta tapi musuh jangan di cari.. kita tak cari dan kita tak pernah anggap musuh, kita watlek sudah. Biar je sesape acah acah nak jadi musuh tu.

Pengalaman memang mendewasakan kita. Itu la salah satu sebab umur kita semakin meningkat. Yawwww..

Cite aku memang tak best tapi tu yg aku nak sampaikan..biar gantung! Kakakaka!

Friday, November 28, 2014

...dalam masa satu hari...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera to all readers..

...hari ni aku bergerak balik dr Johor Bharu ke KL..kota lama yg pernah aku huni seketika sebelum berhijrahnya diri aku ke Kuantan.. dtg aku ke JB sebab nak jumpa kawan2 lama..tapi masa tak mengizinkan, segelintir kawan je laaaa dpt jumpa..takda hal.. dua org kawan yg aku rapat masa kecik dulu ni haaa... Noratikah Binti Ariffin & Nurul Syahidah Binti Sulaiman. Sebenarnya diorg ni dah lupakan aku...puiii.. mujur la ingat semula..kahkahkah!!

Memori kenangan silam kekadang buat aku tersenyum, tergelak. Hadooiii.. permasalahan ni aku rasa semua orang mcm tu..yedakk?? Tp ada jugak yg tidak..aku faham..im sorry.. =(

Both 'em bawak aku pusing pusing jb, perkhh!! Gile babi betul perubahan..tapi takde gila babi la..12 tahun aku tinggalkan jb, lagi nk terkejut dgn pembangunan pesat sepesat pesat nye kat jb tu..pheeww! Diikutkan hati aku ni, takda nak duk 2 malam je kt jb tu..ada seminggu utk aku pijak semua tempat jb tu..tu baru kawasan bandar aku pi, belum lagi kawasan flat yg jd tempat berteduh aku..

02-16, Taman Kenangan blok 19, Tampoi, JB.. flat ini adalah tempat aku dibesarkan-primary school shj lah* pelbagai cerita ada di flat tu.. kisah lawak, kisah nak maki.. kawan2 kat sini yg aku tak jumpa lagi..

Sek.Keb.Perumahan Tampoi 1.. sekarang kalau tak silap sk seri melati..tak best pulak aku tgk nama tu.. tp nama enak ke tak ke bukan kau boleh makan pun.. biokelantok lerrrr deme nok nguboh nye, buken susoh ke kite, yedakk? Kat sini la aku jumpa si minah 2 orang yg aku mensi kat ats tu..

Si kenit tu, masa aku kecik2 dulu aku bahan dia pendek..nah kau..sekarang awek aku pendek..dia bahan aku si bedak-dulu pi skolah mak aku yg siapkan aku ni, manja+sayang aku dgn mama aku berpisah tiada..😍😘 ahh!!

Si kenit ni jugak la yg buat aku rasa ada perasaan dgn dia..dia ni bebel dasyat gila..kalah potpet radio..takde hentinye..haddeehh~ masalah besar tu.. tp hati dia baik.. cenggini 👍👍 hehe.. aaahh!! Abaikan masa lalu.. please follow ur watch - aku sekarang berhenti di R&R yg aku sendiri tak tau kenapa makanan kat kawasan ni mahal..sebab jarang org singgah ke camne? Ntoh lerr..malehh teman mikiornye..

Hiii..panjang lebor tulis takde sape nak membacanya ni.. kawan anggap ni macam diary trajedi menarik dlm hidup aku..pasal kerja, kurang2 la tulis..pasal jalan2 ke, pengalaman lama ke..br sedap..yg sedih2 tak mo...haha.. oraaiitt..kalau ada apa yg perlu aku citekan, korang kasi tau la..abam sambung episod akan datang..

Tuesday, November 25, 2014

...berpijak...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera....

Apa khabar sekalian rakyat jelata? Kehkehkeh!!

Sekarang aku kerja di Genting Highland sebagai kerani akaun..tak pishang ke otak? Tak serabai ke kepala? Tak rasa gile ke? Perkkkhhh...Tuhan jak la bha yg tau perasaan ku ini toqqq...

Aku keje kat sini dah 6 bulan, tapi apabila sesuatu perkara yg bukan minat kita dan kita kena buat..tau tak perasaan terpaksa/paksaan? Camtu la aku rasa...

Aku rasa hari hari aku kat sini semuanya paksaan terpaksa memaksa dipaksa...haduuiihh... Bukannya aku mengeluh ats rezeki yg Allah berikan, aku bersyukur kerana dpt pekerjaan selepas 5bulan menganggur dr keje Telekom Malaysia si janji manis..

Hari hari aku kat sini aku mencuba buat suatu yang terbaik utk dptkan pengalaman..sebabnya org cakap "ijazah terbaik datangnya dari pengalaman, bercakap, dan bersalaman. Konflik itu motivasi. Positifkan benci jadi inspirasi pagi" cehhh..mcm kenal je ayat ni..yedak? Hahah.. petik sikit lagu Malique.. baru rispirasi!! Haha..

Kekadang perasaan malas aku ni terlalu tinggi, kekadang rajin bukan main lagi..

Sesungguhnya, aku masih mengharapkan sesuatu perubahan pada diri ku ini..bukan yg negatif, tapi aku nak yg positif atas usaha aku selama ni.. aku ada usaha tapi mungkin usaha aku tidak mencapai kreteria kesungguhan yg benar benar sungguh kesungguhan..haa..napok?

Semoga peluang lebih besar menanti dan sedia menerima aku..

Alhamdulillah!! Subhanallah!! Allahu Akhbar!!

Saturday, September 28, 2013

...rezeki...

Assalamualaikum & Hi......~

Sy disini berharap agar saudara saudari dalam keadaan sihat wal afiat di samping keluarga tersayang... Ceeewwaaaahhhhh~~ haha!

Hari ni bos aku suruh pergi buat jualan talian internet kat Muadzam Shah, tp boleh lak aku tak sedar.. Hurmmm.. Mane tak nyeee~ semalam sampai dari Chanis 9.30 malam.. Then jaga org sakit kt hospital lak sampai subuh, tido 10 minit memang di tipu jadi tido 5 jam.. Haaa~ napok dop?!

Atas sebab bos aku suruh pergi utk masukkan dalam paperwork utk rebut jawatan tetap.. So, dah terjadi macam ni. Apa la nasib aku! #eh nasib??!! Nasib ke rezeki? Ape la rezeki aku nnt~ betul tak?

Korang korang ni percaya pada nasib ke rezeki? Boleh ke kita cakap "nasib aku takde kat situ, kalau tak nahas la hidup aku" ke patut cakap "rezeki aku sebab aku takde kt disitu, Tuhan masih ada ujian utk aku, Tuhan syg aku..." Camno? Mano satu?

Hahaha!~

Pada aku, aku percaya pada rezeki sebab nasib nasib ni macam tilik menilik la pulak.. Ape la nasib aku esok.. Gtu ea? 

Hi! Sy ni bercakap ikut sedap mulut if ada yang tak betul mohon teguran dari korang semua ya! Hehhe~ 

Saturday, September 21, 2013

...Okay...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.......

Perkhhh!! Haa~ masuk je terus perkhh dah kenapa?! Hahaha.. 
Perkhhh laaa.. Sebab sebulan dah aku tak post entri nih~ alaaaa.. Lgpun page aku ni orang tak tengok sangat sebab aku post pun macam mengarut.. Takpe.. Aku usahakan utk kearah yg lebih baikk~~

Sesuatu yg apa yang kita buat tu ada tak kita fikir nak menambah baik? Ke ada yang fikir "dah ok ni, orang pun dah suka.. Biarkan je lahhh" ade ea? Tapi kalau aku la kan... If ada orang cakap ok, aku nak gak buat supaya ok tu tak bosan..

Contoh : keje aku main dengan system telekomunikasi syarikat ni.. Orang ckp aku buat kerja ni dah ok.. Sebab boleh handle sesorang.. Tp aku usaha lg supaya sikit masalah pu tak timbul dlm sesuatu projek..

Ok.. Memang laa orang cakap "kita ni manusia biasa, kita tak sempurna".. Memang lah.. Kita ni ciptaan Illahi, ade sebab kenapa macam tu.. Kalau tak nanti ramai manusia riak, sedangkan yg biase2 ni pun ramai je aku tengok yang riak berlagak sombong bagai.. Kan?

Kita buat sesuatu tu jangan la nak cukup2 makan je.. Cuba buat sesuatu perkara tu supaya ianya jadi lebih ok, kita pun akan jadi lebih baik.. 

Pak Lah : "Cemerlang, Gemilang, & Terbilang"


Thursday, August 8, 2013

...Lebaran 2013...

Assalamualaikum & Hye!

Hari ini adalah hari pertama dalam bulan Syawal, mean hari ini adalah Hari Raya AidilFitri/Hari Raya Puasa..

Nak tanye kekorang ni..amacam raya, okay? Tapi puasa macam mana? Aku tengok ada yang tak puasa tapi beraya sakan sampai shopping pun dasyat gilerrr leerrrr...haha..tapi tu hak kau nak shopping macam mana pun kan? Jadah aku nak sebokk..

Firstly, aku memohon ampun maaf atas segala salah dan silap aku kepada seluruh saudaraku dari yg zahir sehingga ke batin, harap di maafkan la yekk..halal kan makan minum..hehehe

Ape pasal raya baru nak mintak maaf? Kalau hari biasa tak boleh mintak maaf ke? - boleh je, tapi memohon kemaafan di bulan syawal ni dah jadi macam satu adat dah, kan? Kalau di ikut kan..aidil=kembali, fitri=kesucian..faham kan maksudnya?? Klu faham bagus..eden maleh nak terangkan..hehe.. thats why la kita kena bermaaf-maafan di hari yang mulia ni..yela..lagipun, kalau abang, adik, kakak korang tak balik, macam mana nak mintak maaf..tepon? Kalau diorang jawap korang call la kan.klu x?? Haaaaaa~~

Next, makanan korang tu, apa korg makan hari ni? Rendang daging/ayam+ketupat/nasi himpit/nasi kampit..ni dah tentu tentu la kan..maksud aku tambahan punye la..makanan tambahan seperti nasi minyak ke, beriyani ke....haha..rayo makan beriyani, aku tak pernah lg try...hehehe..

Kemudian, menziarahi jiran tertangga la kan? Hehe..yg bebudak tu memang terloncat loncat la bila nak gi beraya sebab dah tentu tentu dapat duit raya..bg yg dah kerja tu, mmg kurang la sen utk korg ekm..im sorry..
Tp kan, ade jugak jiran yg datang ke rumah macam taknak balik..kalau makan menambah tu aku ok lg biar 10x pun..yg berborak...dari 1tgh ari-5petang..dasyat gilerr lerrr pakcik ni, aku x tau ape yg dia nak borakkan..aku dengar pun dah mengantuk..payoh payohh...

Pedulikan la tu, bila raya, ziarah la semua kenalan kita ok, bila lagi boleh dpt cuti seminggu macam ni kan? Hehe..eratkan lagi silaturrahim sesama kita, in syaa Allah ada hikmahnya bila kita lebih mengeratkan ni..hehe...

*malam ni mercun selagi boleh/kasi habis ini malam!

Saturday, July 20, 2013

...two sides...

Assalamualaikum & Hi !!

Gua harap lu orang dalam keadaan yg sihat sejahtera, cergas, cerdas dan makin tabah mengharungi titian kehidupan duniawi yang semakin halus..........

rilek brader..brader rilekkkkk

Song : Just Give Me a Reason
Singer : Pink ft Nate Ruess

Korang percaya tak tiap apa permasalahan atau persoalan mesti ada jawapannya? Cuma jawapan tu mengambil masa yang singkat atau lama..jawapan kehidupan bukan macam teka teki.."dah dah? Surrender?" Bukan macam ni..kalau la macam ni, maju dah kita semua sebab tau jawapan kehidupan dan kita terus berubah..kalau nak berubah.......

Kenalan-Kawan-Sahabat-Teman
ada perbezaan tak keempat empat ni? Bukan huruf hurufnya la...kahkahkah..maksudnya.....haishhh..kalau ada, korang faham la kan?

Ehemmm..
Bila satu cerita kita dengar..adakah kita akan terus mempercayainya? Pada aku bila cerita yang memerlukan kita dengar atau menghayati dalam keadaan serius, aku tak reti nak terus percaya bulat bulat, petak petak..aku mesti fikir "betul ke apa dia cakap ni? Betray? Takkan la kawan sanggup buat macam tu" ni aku..sebab aku ni memang percaya kawan kawan..takde la kawan nak khianat kawan melainkan dia memang ada tujuan tersendiri tanpa pengetahuan kita..yedak? Tapi kalau ada bukti boleh la kita percaya....

Dua Cerita
A: dia menipu
B: yeke?? Balerrr

C: dia tipu aku
B: aikk! Yeke??

B: mane satu betul? Meh kita dengar cerita A & C dari awal..kaji selidik la..bukan jaga tepi kain orang..kita tengah cari mana kawan, mana kenalan, mana sahabat, dan mana teman.....

Bila kau dah cerita kat semua orang tentang keburukan dia, ada kau pernah terfikir tak dia akan balas balik dan cerita keburukan kau kat orang lain..ke kau rasa kau takde yang buruk? Atau kau anggap hubungan yg kau create tu sempurna? Tak pernah pinjam duit/tak pernah buat bersedih/tek pernah bergaduh/tak pernah mengutuk?? Mase bercinta yela kau tak sedar apa kau buat sebab sama sama sayang cinta la kononnya..bila kau dah cakap "pinjam" kau kena la pulangkan dalam keadaan mana yang dia berikan..tu la pinjam..lain la kalau dia bagi, buruk siku la jika minta minta semula...macam kau tu aku rasa siku dah buruk sangat kott.......

Bila kau dah dengar cerita satu pihak, takkan kau taknak dengar cerita pihak satu lagi, sedangkan dua dua kau kenal..follow twitter/fb/flikr/insta/wechat bagai .walaupun dia kawan baik kau, baik gile babi punye la korang tu sampai kau dah taknak percaya orang lain punye celita aiyooo..kenapa? Ke kau nak orang lain ke kau dah taknak berkawan dengan orang lain lepas ni sebab tu la satu satunya kawan engkau..

Bila dah dengar cerita si anu dan si polan baru la kau boleh simpulkan mana satu betul, mana satu tipu..pada aku tak susah pun nak tau mana satu betul, mana satu membohong tu..tengok kelakuan dan perangai..disebabkan engkau rapat dengan si anu dan si polan ni, kau dapat tengok siapa yang makin cuba kurang bercakap/rapat dengan kau/cuba menjauh sedikit demi sedikit..yang tu lahhhhh hohoii yg tak betul..kuat membohong..aku dengar cerita dia pun tau mongakk kencheng berak bagai..orang cakap "orang tak jujur matanya lari lari, mulut gagap, dan muka toleh toleh lain" benda ni dah tak boleh pakai..ni dulu boleh la ikut, sekarang taley meehhhhh...

Eleehhhh..tak payah nak gebang sangat la ek kalau kau cerita tu, orang sekeliling kenal kau, walaupun aku ni baru kenal kauorang, aku tahu mana cakap lebat dan mana cakap renyai.. kalau kau tau dia hi-standard/not understanding/like a bos ang pi la tegur atau nasihat..kalau dia babel sangat boleh la tinggal..dalam relation ni kepercayaan tu perkara penting tau tak..kalau kau dah sia sia kan..macam mana hubungan tu nak diteruskan.. lain kali cakap jangan ikut sedap mulut..buka akal dahulu sebelum buka mulut, biar akal bersatu dengan hati merasai perkara yg kita nak luah tu..

Aku bukan menyibuk urusan peribadi kau, aku tegur kau dengan kiasan/perli kau macam ade shield je..bapak kebal lah sial, tak paham langsung ke aku cakap sedangkan kau yang bagitau aku perli tu penting untuk kehidupan kita menasihat orang..kekel lah kau..

Selagi orang percaya dengan kita, kita harus kekalkan sifat kita yang jujur tu, dan bila orang dah mula tak percaya kata kata kita, orang mula mengata..sebenarnya mengekalkan lagi susah dari membina, kan kan kan? Tapi tu la yang perlu dilakukan demi masa depan sesuatu perhubungan...kehkehkeh..jangan menyesal dimasa depan sudah la ya...

Kenalan memang senang jumpa..lepak kaki lima "bro, lighter ade?" Lepas tu bersembang sampai 3, 4 batang rokok..kenal nama, lain kali lepak lagi...

Kawan biasa biasa sangat kita jumpa..selalu berkominikasi.."bro, jom lepak minum, bosan ahh lepak rumah"/ "bro, pinjam dua ringgit-aku takde duit la, kalau ada aku memang bagi" senang bersama, susah kau je lah hadap...

Sahabat ni jarang nak dapat..boleh kongsi susah senang sama sama..maksud aku boleh tolong menolong.."bro, ko kt mne? Mto aku jemm kt gambang? - aku kt bdr la, ok tunggu aku sampai, aku gerak sekarang" haaa...ade beza tak? Tu dia baqq ang...

Teman ni lagi la sikit sangat kita nak jumpa, ramai yang tergelincir dari teman acah acah nak couple, last last tak boleh blah sebab salah sorang just anggap teman bukan kekasih.."u, i ade prob, jom lepak release tension - ok, i amik u ok - ok kita ke pantai eh - oraitt" * "i ade prob la dgn family i, how i nak hadap dapatkan solution - alaa u bawak family u discuss elok elok, yang melenting tu u jawap elok elok mesti ok, kalau tak ok u should use middleman like your uncle yg faham your mom and dad - thanks u coz teman i" bukan sekadar susah senang bantu membantu tapi berkongsi masalah serta membantu cara nak settle....

Betulkan aku jika aku salah, aku menaip atas hati+akal aku yang cetek ini..sekian! ^^

Wednesday, July 10, 2013

...Ramadhan...

Assalamualaikum & Hi...

Salam Ramadhan ya sahabat....

Camno hari pertama berpuasa di bulan Ramadhan ni? Ade yg TER makan atau TER minum ke? Ke ade juga yg TER lepas puasa pertama ni..selamber hadap je makanan yang ada...haishhhh..ngape? Ni kes terbiase la kott..terbiase bila bangun je hadap dulu biskut biskut..hehe

So, tahun ni tahun ke3 aku berpuasa jauh dari keluarga..konon konon berdikari la ni..kahkahkah!!~ yela..aku keje kat Kuantan, parent di Kelantan..

Puasa tahun ni, masak sendiri..ops! Bukan aku yang masak, aku tak reti masak, tp setakat nak jadi chef assistant takde hal la..potong potong, blander bagai, basuh basuh..aku boleh settlekan..tapi bab memasak, aku gagal../sob..nasib la rumah sewa aku ni ade kawan yg reti masak, yela umur dah 36 berbini, ada anak lg..mesti dh reti masak kan? So, dia tawar diri dia utk masak bulan puasa ni, kami on je la switch tu bila org dah offer tapi kami kena settlekan la barang barang nk masak tu, kami kena jadi pembantu dapur..kalau tak, aku rase mengamuk la si Ali ni..haha..dengan cara ni aku rasa la, rasa k..emmmmmmmmngamgak... Dapat gak la berjimat bulan ni..kott..kahkahkah..puase kan? Semua nak berjimat pasal nak berbelanja sakan utk pakaian raya...tapi kenapa raya nak beriya sangat shopping aok tu? Hari hari biase pun beli baju gak, sepasang siap boleh je tapi masa puasa ni kena berjimat sebab nak beli baji..tak faham gak aku tentang isu ni..haishhh..

Dalam bulan ni la ramai yang cuba nak berubah kearah yang lebih baik..haaaa..bagus la kalau niat tu dah ada, tapi jgn niat je braderr....kalau niat je, sama jgk kau nak makan tapi niat je nak makan..apa kau dapat? Tak kenyang pun kan? So, niat+perbuatan+ikhlas..in syaa Allah akan menjadi.. tapi ada jgk kekawan jenis nak down kan member yg nak insaf tu..
"Alahai kau ni, bapak poyo sial sekarang ni..sebelum ni rilek je kau togak menogak, sekarang apsal la hoi?"

"Derrr! Awal lagi kott kau nak berjubah kopiah bagai ni..nanti kau ada had utk enjoy, merasai nikmat dunia ni"

Lakkkkkk!! Hoi awak, ye kau la cerdik! Sape lg...kau tau ke esok kau hidup lagi? Tak payah esok la..saat kau nak bukak pintu bilik kau tu, confirm ke kau masih hidup? Masa kau nak melangkah kaki keluar rumah? Tau tarikh ajal kau? Bila malaikat Izrail nak tarik nyawa kau? Mustahil la weyhh...

Kawan kau nak berubah tu, support la sikit..beri penghormatan, dia dah nampak jalan hidup dia kalau dia still hidup mcm kehidupan sebelum ni..kita tak boleh menghakimi seseorang tu sesuka hati kita..kalau boleh, kita tolong member berubah..ke kau nak tengok member kau tu terus terusan macam tu dengan perangai tak elok, kuang ajor, mencarut marut, tak hormat orang lain bagai..zzz

Walaupun kita..bukan kita la..aku k aku..walaupun aku masih lagi tak berubah, tp in syaa Allah, kekawan aku yg berubah perlahan lahan tu aku sentiasa sokong dan beri dorongan..mane la tau suatu hari nanti aku pulak yg akan berubah jadi baik ke..ada gak kawan yg boleh bantu aku..yedak??

Sebelum noktah terakhir aku tekan kat telepon bimbit berpenggera aku ni, aku nk ucapkan ribuan terima kasih kepada kekawan yg sudi memapah aku disaat aku jatuh tersungkur..masa ni la kita kenal mana kawan, sahabat, teman, dan kenalan........