Wednesday, July 10, 2013

...Ramadhan...

Assalamualaikum & Hi...

Salam Ramadhan ya sahabat....

Camno hari pertama berpuasa di bulan Ramadhan ni? Ade yg TER makan atau TER minum ke? Ke ade juga yg TER lepas puasa pertama ni..selamber hadap je makanan yang ada...haishhhh..ngape? Ni kes terbiase la kott..terbiase bila bangun je hadap dulu biskut biskut..hehe

So, tahun ni tahun ke3 aku berpuasa jauh dari keluarga..konon konon berdikari la ni..kahkahkah!!~ yela..aku keje kat Kuantan, parent di Kelantan..

Puasa tahun ni, masak sendiri..ops! Bukan aku yang masak, aku tak reti masak, tp setakat nak jadi chef assistant takde hal la..potong potong, blander bagai, basuh basuh..aku boleh settlekan..tapi bab memasak, aku gagal../sob..nasib la rumah sewa aku ni ade kawan yg reti masak, yela umur dah 36 berbini, ada anak lg..mesti dh reti masak kan? So, dia tawar diri dia utk masak bulan puasa ni, kami on je la switch tu bila org dah offer tapi kami kena settlekan la barang barang nk masak tu, kami kena jadi pembantu dapur..kalau tak, aku rase mengamuk la si Ali ni..haha..dengan cara ni aku rasa la, rasa k..emmmmmmmmngamgak... Dapat gak la berjimat bulan ni..kott..kahkahkah..puase kan? Semua nak berjimat pasal nak berbelanja sakan utk pakaian raya...tapi kenapa raya nak beriya sangat shopping aok tu? Hari hari biase pun beli baju gak, sepasang siap boleh je tapi masa puasa ni kena berjimat sebab nak beli baji..tak faham gak aku tentang isu ni..haishhh..

Dalam bulan ni la ramai yang cuba nak berubah kearah yang lebih baik..haaaa..bagus la kalau niat tu dah ada, tapi jgn niat je braderr....kalau niat je, sama jgk kau nak makan tapi niat je nak makan..apa kau dapat? Tak kenyang pun kan? So, niat+perbuatan+ikhlas..in syaa Allah akan menjadi.. tapi ada jgk kekawan jenis nak down kan member yg nak insaf tu..
"Alahai kau ni, bapak poyo sial sekarang ni..sebelum ni rilek je kau togak menogak, sekarang apsal la hoi?"

"Derrr! Awal lagi kott kau nak berjubah kopiah bagai ni..nanti kau ada had utk enjoy, merasai nikmat dunia ni"

Lakkkkkk!! Hoi awak, ye kau la cerdik! Sape lg...kau tau ke esok kau hidup lagi? Tak payah esok la..saat kau nak bukak pintu bilik kau tu, confirm ke kau masih hidup? Masa kau nak melangkah kaki keluar rumah? Tau tarikh ajal kau? Bila malaikat Izrail nak tarik nyawa kau? Mustahil la weyhh...

Kawan kau nak berubah tu, support la sikit..beri penghormatan, dia dah nampak jalan hidup dia kalau dia still hidup mcm kehidupan sebelum ni..kita tak boleh menghakimi seseorang tu sesuka hati kita..kalau boleh, kita tolong member berubah..ke kau nak tengok member kau tu terus terusan macam tu dengan perangai tak elok, kuang ajor, mencarut marut, tak hormat orang lain bagai..zzz

Walaupun kita..bukan kita la..aku k aku..walaupun aku masih lagi tak berubah, tp in syaa Allah, kekawan aku yg berubah perlahan lahan tu aku sentiasa sokong dan beri dorongan..mane la tau suatu hari nanti aku pulak yg akan berubah jadi baik ke..ada gak kawan yg boleh bantu aku..yedak??

Sebelum noktah terakhir aku tekan kat telepon bimbit berpenggera aku ni, aku nk ucapkan ribuan terima kasih kepada kekawan yg sudi memapah aku disaat aku jatuh tersungkur..masa ni la kita kenal mana kawan, sahabat, teman, dan kenalan........

No comments: