Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
Ya sahabat! Sihat? Alhamdulillah..
Hari ni ngam tepat padu seminggu dh aku keje kat syarikat lain dari sebelum ni. Tak kena dengan jiwa duduk kerja depan komputer 8jam, aku apply kerja lain jawatan technician!
Aku berjawatan admin account masa keje kat Genting Highland tu, aku nak mintak transfer ke juruteknik, sebab nakkan kemahiran yang mahir.
Tiap kerja/tiap syarikat yg aku masuk, aku ada misi aku sendiri. Misi aku kt syarikat sebelum ni admin 6bulan, juruteknik 6bulan & apply jadi building executive. Tapi nak buat mcm mana, bos takut nk lepas aku pi technician, risau takde sapa boleh buat kerja mcm aku. Aku bukan power buat kerja, aku lg kuat mengUlar, tp sebelum aku ular, keje aku pasti settle! =)
Sekarang aku kerja di syarikat lain -BinaSat Sdn Bhd- kat sini pun aku ada misi. Kalau sapa faham, dia tau apa misi aku kat sini. Ehehe.. tiap kerja yg kita dapat, mesti kita nakkan kemajuan. Betul tak?
Suasana kerja kat sini ok je, takde la terlalu best, cuma biase2 je..haha. mungkin awal sangat nk nilai kawasan/tempat, lepas 6 bulan baru boleh judge sesuatu benda tu. Baru la tak buruk sangka, kan? Hehehe..
Aku sihat sejahtera, cuma kerja baru ni memang letih! Perrkkhh... Tapi aku berharap akan ada imbuhan yang berbaloii... Semoga Allah mempermudahkan segala urusan aku dan memberi aku kegagahan yg lebih dr sebelum ni utk aku tempuh hidup baru ini, Bismillahirrahmannirrahim!
No comments:
Post a Comment