Assalamualaikum & Hi...
Apa khabar sekalian sahabat? Good? NgehNgeh..
"Kau boleh tak buat kerja tu cepat?! Lembab nak mamposlah kau ni, macam mana lah mak bapak kau ajar kau dulu?!!"
Hambek sedas tepat pada dahi kau!!
Apa yang korang rasa bila ada bunyi ni dari belakang / kiri / kanan / depan korang..?? Bengkek kan? Ge am nak bantai balik je kan?? Tapi nak buat macam mana.. "OTAI" ..
Apa pasal OTAI? Ape kena mengena otai dengan ayat di atas/situasi seakan akannya?? Ermmm..
Sesetengah orang ye, bukan semua/kebanyakan tapi sesetengah..sesetengah Otai or Orang Lama, perangai diorang ni susah nak kita ubah atau bagi nasihat..asal bagi je sikit teguran mulalah keluar ayat "ahh kau! Kau berhingus lagi apa tau, aku dah buat kerja ni lebih 30 tahun, kau tau apa?" Kata pegawai berumur 50tahun kepada Pembantu Pegawai berumur 24tahun bila ditegur..
Kenapa tak boleh tegur orang lama? Kenapa mesti dimarahi? Adakah berlainan negeri? Bangsa? Agama? Jangan la racist ye.. bukan kott.. ni pasal amarah yang terpendam la..
Orang lama dari dulu dah di ajar sorang buat satu kerja je..so, bila orang atasan nak dia buat gak kerja selain dari itu, mula la beliau nak memekak satu ofis..kenapa depan bos semuanya ok, mampu buat tapi belakang bos sebaliknya? Haishhh..kenapa uncle/pakcik??
Bila dah marah, angin naik satu badan sampai ke kepala, yang berkopiah habis dihempas atas meja, maka keluar la ayat seperti awal tadi pada pekerja yg baru nak cari ilmu tu...
Si polan ni punya la tak reti buat kerja tu, nama pun baru masuk kerja, satu apa pun tak tau, apa yang si polan belajar di universiti dulu tak sama dengan apa yang dia kena buat sekarang ni.. masa di pusat pengajian belajar macam mana nak wiring, mana la sama dengan kerja di syarikat telekomunikasi terkemuka ni..
Jadi, bila korang dengar ayat macam tu, apa yang korang rasa? Happy? Ke naik angin gak? Ke nak hentam balik? Ke nak beri satu senyuman yang menawan? Atau redha?
Sesetengah orang ok! Sesetengah orang dah memang akan settlekan kerja tu dengan hati yang tidak ikhlas..serius!! Betul tak? Kau nak buat kerja rilex, tak ada tekanan, nak kerja tu sempurana, tak nak ada kesilapan sama berulang, tak nak buat kerja sama dua kali, ofcourse la!! Sape yang nak buat kerja sama 2?? Kalau mudah takpe, ni kerja rumit dan memerlukan ketelitian yang betul betul punye gua cakap sama lu.....
Dari situ la keikhlasan kita nak buat kerja tu hilang. Dah takde rase nak buat kerja tu, kalau settle pun dalam keadaan yang terpaksa, dan nampak sangat kerja tu tak ikhlas..
Kita nak buat kerja mesti ikhlas, barulah kerja tu cantik, siap dengan kemas..kan kan kan?? Ngeh ngeh..
Tuntasnya, for the OTAI OTAI, hopefully korang jangan lepaskan kemarahan korang pada pekerja bawah seliaan korang, diorang tu baru nak ada ilmu..jangan bash orang ok? Nanti budak tu benci kau tau.....
No comments:
Post a Comment